Awas Perangkap Syaitan

§ 0

Agama Islam adalah agama wahyu. Agama yang berteraskan kepada keimanan, agama yg berfakta ( cuma segaja dipersoalkan ) dan bersadarkan keimanan dan bukanah apa yang tertulis dan menjadi hafalan kepada sasaorang itu untuk mengamalnya dan seterusnya juga untuk diperdebatkan.

Sesiapa yang hendak mengamalkannya perlulah seseorang itu terlebih dahulu memperlengkapkan dirinya dahulu dengan niat ( pertama sekali - shahadah) dan bukanlah tugasnya untuk mencari fakta fakta yang sahih atau pun mistik untuk mengelakan keraguan sabelum beramal.


Kalau seseorang itu hendak beramal atau menjauhi bidaah maka perlulah seseoang itu melakukan ibadah tersebut dahulu secara apa yang dia faham tentang sesuatu ibadah itu dengan berteraskan niat dan iman yang berada didalam dirinya. Fakta tentang kesahihan sesuatu ibadah itu akan menyusul setelah amalannya didahulukan..

Begitulah saterusnya, apabila kita amalkan rahsia umpamanya " Hari Jumaat - hari penghulu" yang sepatutnya kita amalkan rahsianya dahulu baharulah kita muhasabah adakah apa yg kita buat itu bidaah atau pun tidak. Inilah baru betul jalan proses pempelajaran akidah secara beramal. Kita perlu takut kepada amalan kita yg telah kita amalkan itu benar atau pun bidaah. Kita perlu check, kita perlu belajar dan bersama-sama mencari dalil dan fatwa satelah kita beramal dengannya.

Bukanlah kita mencari dalil atau pun fatwa dahulu baharu kita hendak beramal.."Sudah terlambat" maka jadilah kita macam sekarang ini. Tak pernah pun beramal nak cari fatwa, dalil dahulu dan masih tercari-cari apakah dalilnya, sebelum beramal. Awas perangkap syaitan...

Wallahualam

What's this?

You are currently reading Awas Perangkap Syaitan at Dosa Lalu.

meta

§ Leave a Reply